Keluar awal elak sesak saat akhir

in Edisi Utara by


SUNGAI PETANI – Penyandang Parlimen Sungai Petani P15, Datuk Johari Abdul (PKR) menggesa lebih ramai pengundi keluar awal bagi melaksanakan kewajipan mereka tanpa perlu bersesak-sesak sehingga ke saat akhir.


Beliau turut berbangga apabila ada dalam kalangan ibu bapa secara bergilir-gilir menjaga anak yang masih kecil semata-mata mahu membuang undi.


“Inilah satu penghormatan yang patut kita banggakan apabila kesedaran itu wujud dalam diri setiap rakyat Malaysia bagi melaksanakan kewajipan, walaupun ada yang terpaksa gilir jaga anak-anak, mereka tetap keluar mengundi,” katanya.


Beliau ditemui ketika selesai melaksanakan pengundian di Sekolah Rendah Kebangsaan Cina Peng Min Tikam Batu kira-kira jam 10 pagi.


Johari yang tidak ditemani penyokong berjalan kaki sejauh 200 meter untuk sampai ke pusat pengundian dan dilihat sabar berbaris menunggu giliran bersama pengundi lain sehingga giliran tiba.


Beliau turut mengambil peluang beramah mesra bersama pengundi di pusat berkenaan.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]