Ku Nan kekal di Putrajaya

in Politik by


PUTRAJAYA – Pertembungan tiga penjuru antara BN, Pakatan Harapan (Harapan) dan Pas terjawab selepas calon BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengekalkan kerusi  disandangnya sebelum ini.


Tengku Adnan berjaya meraih 12,148 undi menewaskan calon Harapan, Datuk Dr Samsu Adabi Mamat yang mendapat 8,776 undi manakala calon Pas Prof Madya Dr Zainal Abidin Kidam memperoleh 3,634 undi.


Dengan majoriti 3372, BN mengekalkan kerusi di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu bagi empat penggal berturut-turut.


Sementara itu, sebanyak 84 peratus daripada 27,306 pemilih berdaftar di Putrajaya keluar mengundi melalui 44 saluran dan tujuh pusat mengundi selain terdapat dua saluran mengundi awal dan satu undi pos.


Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus bahagian pilihan raya Putrajaya Datuk Azizi Ahmad Termizi.


Pada PRU13,  Tengku Adnan menang kerusi Parlimen Putrajaya dengan majoriti 5541 undi menewaskan calon PAS, Datuk Husam Musa.


Info:


P.125 Putrajaya


7 pusat mengundi 47saluran


Tengku Adnan Tengku Mansor BN- 12,148


Zainal Abidin Kidam PAS- 3,634


Samsu Adabi Mamat PH- 8,776


Jumlah pemilih:  27,306


Jumlah kertas undi keluar: 24,881


Jumlah undi diterima calon:24,558


Jumlah undi ditolak:146


Jumlah undi tak kembali:177


Jumlah Majoriti: 3372


Source: SH Politik

[featured-video-plus]