Masih menanti keputusan penuh

in Edisi by


IPOH – Keadaan di Kediaman Menteri Besar Perak kini mula dihadiri penyokong BN bagi mendapatkan perkembangan semasa keputusan pilihanraya.


Beberapa pimpinan politik turut kelihatan tetapi tiada kelibat calon berada di kawasan penyokong.


Kesemua mereka difahamkan sedang menunggu pengumuman rasmi dari Pengerusi BN Perak,


Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.


Difahamkan sehingga kini BN telah pun menang beberapa kerusi Dun berdasarkan pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya antaranya Rungkup, Changkat Jong, Belanja, Bota, Alor Pongsu dan Manong.


Bagi kerusi Parlimen pula antara yang dimenangi BN adalah Parit, Bagan Datuk dan Lumut.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]