Masih tunggu kehadiran Najib

in Politik by


KUALA LUMPUR – Puluhan petugas media dari dalam dan luar negara masih menanti kedatangan Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


Turut kelihatan beberapa penyokong Barisan Nasional yang memenuhi perkarangan bangunan PWTC.


Difahamkan, Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil dilihat telah meninggalkan perkarangan PWTC kira-kira jam 9.40pm.


Namun, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Sohaimi Shadan telah berada di menara Dato’ Onn, PWTC.


Najib dijangka membuat sidang media di PWTC sepertimana pilihan raya umum sebelum ini.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]