OKU teruja boleh mengundi

in Edisi Pahang by


TEMERLOH – “Akhirnya baru la saya berpeluang mengundi”.


Bagi seorang Orang Kurang Upaya(OKU) yang bertugas sebagai pakar teknologi maklumat di sebuah syarikat antarabangsa,Goh Siuk Kian,35,peluang mengundi buat kali pertama adalah satu momen yang tidak akan dilupakan.


Menurutnya,sebelum ini dia tidak berpeluang mengundi kerana terlepas tempoh mendaftar sebagai pemilih.


“Tak sangka akhirnya saya dapat mengundi hari ini.Saya sampai ke kampung petang semalam selepas menempuh kesesakan beberapa jam.


“Perasaan memang lain macam.Seronok dan saya telah dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya kepada Sinar Harian.


Anak bongsu daripada lima beradik itu ditemui selepas selesai mengundi di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lanchang,kira-kira jam 9.30 pagi tadi.


Siuk Kian yang mempunyai ketinggian 135 sentimeter berasal dari Kampung Kenangan adalah antara mereka yang selesai membuang undi di pusat terbabit.


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]