Pas rampas Terengganu

in Politik by


PUTRAJAYA – Pas merampas kembali Terengganu dengan majoriti mudah apabila menang 18 kerusi Dun daripada 32 kerusi dipertandingkan.


Manakala, Kelantan kekal di bawah pentadbiran Pas yang menang 28 kerusi Dun daripada 45 kerusi dipertandingkan.


BN pula  mengekalkan penguasaan di Perlis dan Pahang.


Di Perlis, BN menang di 10 kerusi Dun daripada 15 kerusi dipertandingkan, sementara di Pahang, BN menang 22 kerusi Dun daripada 42 kerusi yang dipertandingkan.


Pulau Pinang kekal pada Pakatan Harapan (Harapan) dengan memenangi 25 kerusi Dun daripada 40 kerusi dipertandingkan.


Keputusan itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah sebentar tadi.


MENYUSUL


Source: SH Politik

[featured-video-plus]