Pengundi dengan basikal uniknya jadi tumpuan

in Edisi Utara by


ALOR SETAR – Tindakan seorang pengundi berbasikal dari Telok Chengai ke Alor Merah, di sini, bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Amar Diraja, di sini, mendapat perhatian penduduk setempat.


Ku Kamaruddin Ku Tra, 47, menjadi tarikan apabila dilihat mengayuh sebuah basikal unik berwarna merah yang memiliki ketinggian melepasi kepala manusia.


Menurutnya, dia mengambil keputusan berbasikal ke pusat pengundian di sekolah terbabit kerana ingin mengelakkan kesesakan lalu lintas ketika dalam perjalanan.


“Saya mula mengayuh lebih kurang jam 9 pagi. Dalam 40 minit, saya tiba di kawasan sekolah sebelum terus membuang undi dan balik semula ke rumah di Telok Chengai.


“Bukan hari ini sahaja saya mengayuh basikal, sebaliknya sudah beberapa kali termasuklah mengikuti program Amal Ride Vol 2 Wang Kelian ke Tammalang, Satun,” katanya.


Katanya, dia tidak ingin melepaskan peluang mengundi walaupun hanya dengan berbasikal demi menunaikan tanggungjawab mengundi untuk kali kelima pada PRU14.


Tinjauan mendapati, ada pengguna jalan raya sanggup memperlahankan kenderaan semata-mata demi menangkap gambar Kamaruddin kerana kagum dengan keadaan itu.




 


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]