Penyandang MB Johor tersungkur

in Edisi by


PASIR GUDANG – Penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tewas dalam dua kerusi yang dipertandingnya sekali gus memadam dominasi BN di Parlimen Pasir Gudang. 


Mohamed Khaled yang bertanding di Parlimen Pasir Gudang diistiharkan kalah dengan calon daripada PKR, Hassan Abdul Karim dengan keputusan majoriti sebanyak 24,726 selepas menang dengan jumlah undi sebanyak 61,615.


Bekas Menteri Besar Johor itu yang sebelum ini penyandang kerusi Dun Permas juga gagal mempertahankan tempatnya apabila tewas dengan majoriti sebanyak 8,746 dengan calon PKR, Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh yang memperoleh jumlah undi sebanyak 28,793.


Dalam perkembangan sama, kerusi Dun Johor Jaya turut menyaksikan penyandangnya daripada PKR, Liow Cai Tung berjaya mempertahankan kerusinya dengan jumlah undi sebanyak 32,342 dan majoriti sebanyak 15,565.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]