Petugas daftar pemilih terlibat kemalangan

in Edisi Utara by


KUALA KETIL – Petugas daftar pemilih terlibat kemalangan kecil di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Ketil, jam 12 tengah hari tadi.


Said Abdullah, 63, berkata, kereta Honda dipandunya mengalami kerosakan di bahagian belakang akibat dilanggar sebuah motosikal.


Menurutnya, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke pondok daftar pemilih selepas keluar makan.


“Saya dari arah pekan Kuala Ketil manakala penunggang motosikal dari arah Baling. Kereta saya dilanggar waktu nak masuk simpang Taman Yasmin.


“Maklumlah hari ini PRU, jalan pun sibuk. Masalah ini pun sudah diselesaikan cara baik,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]