PRU14 berlangsung aman di ibu negara

in Edisi Selangor KL by


KUALA LUMPUR – Keselamatan dan ketenteraman pada hari pembuangan undi bagi PRU14 di ibu negara, hari ini, berlangsung dalam keadaan baik dan terkawal.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, PRU14 hari ini bermula pada jam 8 pagi hingga 5 petang dan tahap keselamatan di 225 pusat mengundi, 242 daerah dan 1,456 saluran mengundi berjalan lancar.


“Hari pembuangan undi hari ini dikawal rapi oleh 5,275 pegawai dan anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur, 588 pegawai dan anggota bantuan daripada kontinjen luar, 140 orang agensi penguatkuasa lain iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan 30 sukarelawan polis.


“Semua petugas telah memulakan tugas seawal jam 4 pagi sehingga proses mengundi selesai dan semua penyokong parti politik telah beredar dari lokasi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Mengulas tentang jumlah laporan yang diterima polis Kuala Lumpur, Mazlan memberitahu, sebanyak 28 laporan diterima dan semuanya telah dirujuk ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Beliau berkata, Polis Kuala Lumpur ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyokong parti-parti politik dan orang ramai yang mematuhi arahan dan memberikan kerjasama yang baik kepada pihak Polis.


Katanya, pihaknya juga mengharapkan kerjasama yang baik dari penyokong parti-parti politik dan orang ramai ini berterusan sehinggalah Pasca PRU dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di Kuala Lumpur ini terjamin.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]