Pusat pengundian tutup 5 petang: SPR

in Politik by


KUALA LUMPUR – Proses pengundian PRU14 sejak 8 pagi tadi berakhir dengan kesemua 8,253 pusat pengundian di seluruh negara ditutup 5 petang ini.


Pada keseluruhannya, cuaca cerah sepanjang pengundian berjalan di kebanyakan pusat mengundi  kecuali hujan lebat dilaporkan di Permatang Pauh, Pulau Pinang sebentar tadi.


Antara pemimpin yang mengundi pada sebelah petang ialah calon BN Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dan calon BN Parlimen Lembah Pantai Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. – Bernama


Source: SH Politik

[featured-video-plus]