Pusat penjumlahan rasmi undi Parlimen Iskandar Puteri kecoh

in Edisi by


SKUDAI – Berlaku sedikit kekecohan di luar pusat penjumlahan rasmi undi Parlimen Iskandar Puteri di Dewan Bandaraya Iskandar Puteri, di sini, kira-kira jam 8 malam tadi.


Ini berikutan terdapat salah faham oleh sebuah kereta Proton Exora yang membawa peti undiĀ  dikatakan telah tersilap jalan apabila menggunakan laluan yang ditelah ditutup dengan dawai besi.


Sekumpulan individu yang berada berdekatan di lokasi tersebut cuba menghalang kenderaan tersebut daripada memasuki kawasan dewan itu.


Mereka mendakwa peti undi tersebut adalah peti undi hantu dan merampas kunci kereta berkenaan yang dinaiki dua lelaki termasuk seorang ketua tempat mengundi.


Bagaimanapun, situasi sedikit tegang itu berjaya dikawal oleh anggota polis yang bertugas.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad mengesahkan kejadian tersebut.


“Anggota polis bersama ejen tempat mengundi dan kira undi (Paca) telah mengiringi peti undi tersebut sehingga masuk ke tempat pengiraan undi,” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]