Siew Keong mengundi di SMK Sultan Abd Aziz

in Uncategorized by


TELUK INTAN – Menteri Perladangan Komoditi dan Industri, Datuk Seri Mah Siew Keong tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abd Aziz, di siniĀ  tepat jam 10.15 pagi tadi.


Beliau berbaju kemeja warna biru dan berseluar jeans itu turut ditemani isterinya, Datin Seri Yeoh Pooi Hoon untuk mengundi di lokasi pusat mengundi sama.


Calon BN Parlimen Teluk Intan itu sempat bersalaman bertanya khabar dengan orang ramai di pusat mengundi setelah selesai mengundi


Siew Keong berdepan dengan persaingan tiga penjuru di kerusi Parlimen Teluk Intan pada PRU14 kali ini.


Beliau Presiden Gerakan adalah penyandang kerusi berkenaan akan dicabar calon DAP Nga Kor Ming dari PKR dan calon Pas, Dr Ahmad Ramadzan Ahmad Daud.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]