SRA Api-Api jadi tumpuan

in Edisi Selangor KL by


KUALA SELANGOR – Seawal jam 8 pagi pengundi mula berkumpul di pintu masuk lokasi mengundi masing-masing termasuk warga emas, Misronah Sungip, 73, di SRA Kampung Api-Api.


Misronah yang datang dengan bantuan kerusi roda dari Batu 1, Kampung Api-ApiĀ  itu tidak mahu ketinggalan keluar mengundi untuk PRU14 hari ini.


“Makcik memang tak pernah terlepas keluar mengundi sejak merdeka lagi dan walaupun kaki tak larat dengan sakit pinggang tapi makcik kuatkan hati nak mengundi.


“Nasib baiklah ada orang tolong bawakan ke sini sebab nak pergi sendiri memang tak larat dah…walaupun ramai tapi makcik boleh mengundi dengan tenang,” katanya.


Sementara itu, calon BN Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim hadir ke sekolah sama kira-kira jam 8.45 pagi bersama isterinya, Datin Seri Sushilayanti Sumadi.


Irmohizam sempat beramah mesra dengan pengundi ketika beratur di saluran tiga dan bersalaman dengan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang beratur di saluran satu.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]