Syed Saddiq tawan hati orang Muar

in Edisi by


MUAR – Calon PKR Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ternyata berjaya menawan hati pengundi Parlimen Muar selepas menewaskan penyandang selama tiga penggal kerusi berkenaan, Datuk Seri Razali Ibrahim dari BN.


Syed Saddiq menewaskan Razali dengan majoriti selepas meraih sebanyak 22,341 undi berbanding Razali sebanyak 15,388 undi.


Manakala seorang lagi pencabar dari Pas, Abdul Aziz Talib hanya meraih 4,354 undi.


Sementara itu, di Dun Maharani menyaksikan kemenangan juga berpihak kepada calon PKR, Norhayati Bachok yang mendapat 12,405 undi manakala calon BN, Datuk Ashari Sharif mendapat 6,731 undi.


Calon Pas, Dr Mohamad Taslim hanya mengumpul 3,869.


Di Dun Sungai Balang pula kemenangan berpihak kepada calon BN, Zaiton Ismail dengan majoriti 174, mendapat undian sebanyak 8,022 manakala calon PKR, Na’im Yusri mendapat sebanyak 7,848 undi.


Calon Pas, Che Man Yusoh pula mendapat 3,146 undi.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]