Tak lepaskan peluang mengundi

in Edisi Pahang by


KUANTAN – Meskipun terpaksa berkerusi roda, namun warga emas ini sanggup bersusah payah demi menunaikan menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRU 14 Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Besar, hari ini.


Jamaludin Zakaria, 77, yang berkerusi roda ditemani isteri, Maimun Mohammad, 76, dan anak perempuan, Roslina Jamaludin, 53, untuk menunaikan tanggungjawab itu.


Anaknya, Roslina berkata, bapanya terpaksa menggunakan kerusi roda kerana mengalami sakit pinggang selepas terjatuh di rumahnya pada awal tahun ini.


“Walaupun tak berupaya untuk berjalan, ayah tetap gagahkan diri untuk mengundi kerana tidak mahu melepaskan peluang itu, malah sebelum ini dia tidak pernah ketinggalan berbuat demikian.


“Saya berterima kasih kepada petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana memudahkan segala urusan pengundian memandangkan keadaan kesihatan ayah dan ibu,” katanya ketika ditemui di pusat pengundian itu, hari ini.


Jamaludin dan Maimun antara 350 warga emas yang layak mengundi di kawasan Dun Inderapura.


Sementara itu, Soodi Taib, 62 dari Taman Guru, Batu 4,  yang bertongkat tidak melepaskan peluang untuk mengundi pada pilihan raya kali ini.


“Hanya lima tahun sekali buang undi.. jadi peluang ini akan digunakan untuk memilih kerajaan,” katanya.


Di kawasan Parlimen Kuantan, kerusi BN diwakili Andrew Wong yang menentang penyandang, Fuziah Salleh (PKR) dan Sulaiman Mat Derus (Pas).


Kerusi Dun Inderapura pula BN diwakili penyandang, Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif, Wan Maseri Wan  Mohd (Pas) dan Fakhrul Anuar Zulkawi


(PKR).


Calon Sulaiman turut membuang undi di pusat pengundian itu.


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]