Telefon bimbit Guan Eng digodam

in Edisi Utara by


GEORGETOWN – Telefon bimbit Ketua Menteri, Lim Guan Eng digodam pihak tidak bertanggungjawab menyebabkan hampir keseluruhan nombor telefon yang disimpan hilang.


Guan Eng berkata, difahamkan bukan telefon bimbit pemimpin sepertinya sahaja digodam malah pekerja pilihan raya turut terkena dengan serangan siber tersebut.


Menurutnya, perbuatan itu dilihat satu taktik kotor oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mensabotajnya dalam PRU14 ini.


“Ini taktik jahat dan kotor kerana membuatkan kita seperti ‘lumpuh’ kerana tak boleh hubungi antara satu sama lain.


“Kali ini usaha mensabotaj ini agak meluas kerana ia bukan sahaja melibatkan pemimpin malah sehingga ke peringkat bawah seperti pekerja pilihan raya. Saya amat kesal dengan perkara ini,” katanya tadi.


Guan Eng berkata, selain nombor telefon simpanannya hilang, penggodam juga menggunakan nombor peribadinya untuk menghubungi orang yang tidak dikenali.


“Saya nasihatkan kepada sesiapa yang menerima panggilan kononnya dari saya atau Pakatan Harapan, jangan percaya. Ini serangan siber untuk menafikan kemenangan berpihak kepada kita.


“Saya kecam pihak yang buat perkara tidak bertanggungjawab ini. Saya tak berapa bimbang dengan nombor saya sebab sebelum ini pun (PRU13), ada berlaku, cuma tak berapa meluas. Kini bukan saja saya yang kena, ahli keluarga saya pun kena,” katanya.

 


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]