Tetap mengundi selagi ada hayat

in Edisi Terengganu by


SETIU – Seorang warga emas uzur yang berkerusi roda sanggup berpanas menunggu giliran untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Rahmat, di sini.


Mek Said, 82, berkata, dia tetap datang mengundi sejak dahulu lagi demi melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia khususnya Terengganu dan amnya Setiu.


“Selagi boleh bangun dan ada hayat, mokcik mari ngundi sebab inilah perjuangan kita.


“Mengundi lima tahun sekali, kena mari walaupun naik kerusi roda sekalipun,” katanya kepada Sinar Harian.


Mek yang mengundi di sekolah berkenaan di saluran satu berkata, dia tidak pernah sekalipun tidak hadir mengundi dan begitulah yang dipesannya kepada anak-anak.


Kata Mek, dia sudah menggunakan kerusi roda sejak tiga tahun lalu akibat tidak dapat berjalan kerana sakit pada bahagian lutut dan pinggang.


“Di rumah memang guna kerusi roda dan apabila datang sini, guna (kerusi roda) yang orang (petugas) sediakan,” katanya.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]