Wanita sarat hamil, pantang 10 hari teruja mengundi

in Edisi Selangor KL by


KUALA LUMPUR – Seorang wanita sarat hamil antara pengundi yang teruja menunaikan tanggungjawab membuang undi sempena PRU14, hari ini.


Wafaa Abdul Washeff, 29  walaupun sedang sarat hamil dan menunggu masa kelahiran bayi pertama, namun keadaan itu  tidak mematahkan semangatnya untuk mengundi.


“Apa yang buat saya teruja kerana inilah kali pertama saya mengundi. Kalau saya terpaksa beratur panjang pun saya sanggup.


“Tapi Alhamdulillah, saya dapat laluan keutamaan, jadi ia lebih mudah untuk saya melalui proses pengundian,” katanya yang mengundi di Sekolah Kebangsaan AU Keramat, hari ini.


Seorang lagi wanita Hamnee mohamad, 35  turut berkongsi cerita semangat mengundi  biarpun sedang berpantang selepas 10 hari melahirkan anak ke empatnya.


“Saya harap kita sama-sama datang untuk menetukan masa depan negara untuk dipimpin oleh pemimpin yang terbaik,” katanya.


Umum tahu mengundi adalah hak rakyat Malaysia dan antara yang tetap menunaikan amanah itu adalah seorang warga emas berusia 84 tahun yang mendakwa tidak pernah tertinggal satu penggal pun pilihan raya umum.


Habibah Salim, 84 berkata, usia yang lanjut tidak menghalangnya untuk terus memikul tanggungjawab mengundi apatah lagi peluang ini tidak pernah dilepaskan setiap kali pilihan raya.


“Sejak awal layak mengundi, sehinggalah sekarang, saya tidak pernah melepaskan peluang untuk menjalankan tanggungjawab mengundi.


“Walaupun keadaan kaki patah, tapi saya masih sihat untuk mengundi dan ini bukan alasan untuk saya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat, “ katanya yang mengundi di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, hari ini.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]