Azmin angkat sumpah MB Selangor esok?

in Edisi Selangor KL by


SHAH ALAM – Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor, esok.


Beliau dijadualkan mengangkat sumpah dalam satu Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan di Istana Alam Shah, Klang jam 3 petang.


Terdahulu, Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin dilihat memasuki Istana Bukit Kayangan sekitar jam 11.50 pagi tadi bagi menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.


Beliau dilihat keluar meninggalkan Istana berkenaan sekitar jam 1.20 petang.


Timbalan Presiden PKR itu berjaya mengekalkan kemenangannya di


Dun Bukit Antarabangsa dengan memperolehi 30,892 undi dan kerusi Parlimen Gombak dengan meraih 75,113 undi.

 


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]