Azmin menghadap Sultan Selangor

in Edisi Selangor KL by


SHAH ALAM – Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan, di sini sebentar tadi.


Mohamed Azmin dilihat memasuki Istana sekitar jam 11.50 pagi dan meninggalkan istana kira-kira jam 1.20 petang.


Difahamkan pertemuan Adun Bukit Antarabangsa itu bagi memohon perkenaan Sultan Selangor untuk membentuk kerajaan negeri baharu serta pelantikan Menteri Besar Selangor.


Mohamed Azmin ketika ditemui di pekarangan Istana memaklumkan akan memberi kenyataan kepada media dalam masa terdekat.


Terdahulu, beliau berjaya mengekalkan kemenangannya di kerusi Parlimen Gombak dengan meraih 75,113 undi dan Dun Bukit Antarabangsa dengan memperolehi 30,892 undi.


Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berjaya mengekalkan kerusi Dun Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak selama tiga penggal yang dimenanginya sejak PRU12 lalu.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]