BN hormati keputusan PRU14: Najib

in Politik by


KUALA LUMPUR – Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak menghormati keputusan PRU14 yang dianggap sebagai manifestasi amalan dan prinsip demokrasi diamalkan negara.


Najib turut menyifatkan beliau berasa bertuah kerana diberi peluang untuk menjadi perdana menteri sejak 2009.


“Saya ingin ambil kesempatan ini untuk ucap ribuan terima kasih kpada rakan-rakan dalam BN dan semua pihak termasuk ahli keluarga mereka kerana beri sokongan padu.


“Kita dah menang di 79 kerusi dan  ini satu mandat berat dan amanah rakyat yang perlu dilaksanakan untuk beri kepercayan mungkin lebih lagi pada masa akan datang,” katanya dalam sidang media khas bersama pemimpin tertinggi BN di PWTC sebentar tadi.


MENYUSUL


Source: SH Politik

[featured-video-plus]