Dana kurang tak halang Harapan menang besar

in Edisi Utara by


POKOK SENA – Kekangan dana yang dihadapi Pakatan Harapan (Harapan) sepanjang kempen PRU14 menyaksikan pergerakan jentera mereka sedikit terbatas namun bukan pada semangatnya.


Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau percaya kejayaan besar Harapan yang menurunkan BN dari tampuk pemerintah sebagai kerajaan pusat sejak 60 tahun lalu adalah disebabkan kehendak rakyat.


Menurutnya, majoriti rakyat terutamanya di Kedah telah mengunakan kuasa yang ada pada mereka dengan menolak kerajaan sedia ada melalui pilihan raya.


“Saya mewakili parti yang baharu ini perlu mengakui mengalami banyak kekangan dari segi jentera, kewangan dan sebagainya.


“Saya tidak jangka dalam serba kekurangan boleh menang. Kita lihat dari segi sentimen rakyat untuk menolak kerajaan sedia ada begitu kuat,” katanya ditemui selepas majlis pengumuman keputusan PRU 14 bagi Parlimen Pokok Sena di SMK Sains Pokok Sena, semalam.


Mahfuz yang mengakui terkejut dengan keputusan tersebut berjaya kekal di Parlimen Pokok Sena dengan majoriti 5,558 undi buat tiga penggal berturut-turut.


Beliau memperolehi 28,959 undi diikuti calon Pas, Radhi Mat Din yang mendapat 23,401 undi manakala calon BN, Said Ali Syed Ali Syed Rastan 18,390 undi.

 


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]