Keputusan PRU14 cermin kematangan politik

in Politik by


KUALA LUMPUR – Keputusan pilihan raya mencerminkan kematangan politik semakin meningkat dan menghormati demokrasi yang akan memberi manfaat dalam menarik pelabur asing dan meningkatkan prospek ekonomi dalam tempoh sederhana hingga jangka panjang.


Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Aberdeen Standard Investments Malaysia, Gerald Ambrose berkata, ini adalah perkembangan politik baharu untuk Malaysia, yang mungkin melihat perubahan kerajaan pertama sejak kemerdekaan dari Britain pada 1957.


“Ini adalah keputusan pilihan raya yang menakjubkan yang tidak ramai menjangka.


“Kami menjangka berlaku sedikit turun naik pasaran berikutan keputusan pilihan raya dan mungkin ada kesan limpahan terhadap pelaburan,” katanya.


Beliau berkata, kemungkinan besar syarikat besar, yang kebanyakannya berkaitan dengan kerajaan, akan menanggung beban jualan berkaitan indeks yang mungkin berlaku dalam jangka masa terdekat.


“Secara lebih meluas, beberapa janji pilihan raya Pakatan Harapan (Harapan) mungkin mempunyai kesan terhadap harga saham sektor tertentu dalam jangka pendek.


Hasrat Harapan untuk mengkaji semua projek mega infrastruktur boleh menyebabkan beberapa jualan awal dalam sektor pembinaan dan simen, manakala agenda untuk mengurangkan kos hidup yang tinggi boleh meningkatkan stok sektor pengguna, seperti pengilang makanan serta produk penting pengguna,” tambahnya. – Bernama


Source: SH Politik

[featured-video-plus]