Laluan masuk ke pejabat PM ditutup

in Nasional by


PUTRAJAYA – Semua jalan masuk ke pejabat Perdana Menteri, di sini, ditutup untuk laluan orang awam.


Difahamkan, penutupan laluan itu dilakukan sejak jam 6 petang semalam dan setakat jam 9.30 pagi ini, ia masih belum dibuka.


Tinjauan Sinar Harian mendapati, semua laluan utama menuju ke pejabat itu diletakkan kon sebagai tanda halangan.


Anggota polis turut kelihatan berkawal menjaga setiap laluan utama menuju ke pejabat Perdana Menteri.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]