Majlis angkat sumpah MB Kedah baharu ditangguh

in Edisi Utara by


ALOR SETAR – Majlis pelantikan dan angkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah yang dijadual diadakan petang tadi, ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.


Pemakluman itu dikeluarkan dalam satu kenyataan oleh Setiausaha Sulit kepada Sultan Kedah, Datuk Elmi Yusoff.


Majlis raptai yang pada mulanya dirancang pada sebelah pagi disusuli majlis angkat sumpah di Istana Anak Bukit pada sebelah petang, terpaksa ditangguhkan atas sebab yang tidak dinyatakan.


“Saya ingin memaklumkan bahawa majlis tersebut ditangguhkan,” katanya.


Sumber berkata, tarikh berkenaan masih dalam perbincangan dan akan dimaklum sejurus mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.


Tinjauan Sinar Harian di pejabat pentadbiran kerajaan negeri, Wisma Darul Aman mendapati suasana lengang kerana cuti umum.


Hanya terdapat khemah yang menempatkan anggota polis untuk mengawal keadaan, selain ketiga-tiga jalan masuk utama ke bangunan itu ditutup.


Laluan dari Jalan Lumba Kuda dan Jalan Tunku Bendahara ke kawasan Wisma Darul Aman ditutup dengan kawat dan halangan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]