MB baharu Terengganu angkat sumpah malam ini

in Edisi Terengganu by


MARANG – Menteri Besar Terengganu yang baharu masih belum didedahkan identitinya dari Pas akan mengangkat sumpah di Istana Syarqiyyah, Chendering, Kuala Terengganu pada malam ini.


Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Husein Awang berkata,  istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan akan berlangsung dengan perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin jam 9 malam ini.


“Seramai 10 barisan Exco (Ahli Majlis Mesyuarat) kerajaan negeri Terengganu (tidak termasuk menteri besar) juga akan mengangkat sumpah selepas istiadat berkenaan dijalankan.


“Pentadbiran baharu kerajaan negeri Terengganu yang kini diterajui Pas akan memasuki Wisma Darul Iman untuk serah terima tugas m pada Isnin ini,” katanya pada sidang akhbar di Rusila, hari ini.


Ketika ditanya mengenai calon Menteri Besar, Husein enggan mendedahkan identiti Adun Pas yang akan dilantik sebagai Menteri Besar Pas yang baharu kerana masih belum mendapat perkenan Sultan Mizan.


Sebelum itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan diiringi anaknya, Mohamad Khalil dan Husein menghadap Sultan Mizan untuk mempersembahkan keputusan PRU14 kira kira 10.50 pagi.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]