Pakatan Harapan utus surat kepada Agong mohon perkenan

in Nasional by


PETALING JAYA – Empat pimpinan Pakatan Harapan mengutus surat kepada Yang di- Pertuan Agong bagi mengesahkan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai  perdana menteri.


Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan berkata, pada masa ini terserah kepada Agong.


“Sekarang terserah kepada Yang di- Pertuan Agong untuk melantik saya sebagai perdana menteri berdasarkan sokongan daripada ahli parlimen,” katanya.


Menurutnya, meskipun terdapat kekeliruan berhubung keperluan majoriti bagi pembentukan kerajaan baharu, ia berjaya diatasi.


Beliau berkata, Pakatan Harapan berpegang kepada peruntukan undang-undang yang menetapkan pelantikan perdana menteri harus mendapat sokongan majoriti ahli parlimen di dewan rakyat.


“Kesemua ahli parlimen Pakatan Harapan sudah menandatangani sokongan untuk pengisytiharan jawatan perdana menteri,” katanya.


Tegasnya beliau, Malaysia akan mempunyai perdana menteri sebelum jam 5 petang.


“Pukul 5 nanti akan ada perdana menteri. Sekarang tiada kerajaan.


“Kerajaan sementara tamat malam tadi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.


Turut hadir, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guan Eng, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu serta pemimpin kanan pakatan itu.


Mahathir berkata, Pakatan Harapan mempunyai 131 kerusi Parlimen di seluruh negara.


“PKR memenangi 122 kerusi manakala Parti Warisan memenangi lapan kerusi serta satu kerusi bebas (Batu).


“Ia mencukupi untuk mandat, sebagai Ketua Eksekutif” katanya.


Semalam, bekas perdana menteri keempat itu memberitahu akan mengangkat sumpah memegang jawatanperdana menteri di Istana Negara.


Bagaimanapun sumber Istana menyebut tiada sebarang istiadat itu berlangsung hari ini.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]