Razif akur keputusan rakyat

in Politik by


PENGERUSI BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman akur dengan pilihan yang telah dibuat oleh rakyat negeri ini dan menghormati keputusan yang telah dibuat.


Beliau dalam satu kenyataannya kepada media memaklumkan, bagi pihak BN Terengganu, dia mengucapkan tahniah kepada Pas di atas kemenangan parti itu dan bersedia memberikan kerjasama bagi memastikan peralihan kuasa di Terengganu berjalan dengan lancar.


“Alhamdulillah, marilah sama-sama kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT di atas kasih, rahmat dan hidayahNya. Semoga dengan rasa syukur yang kita zahirkan itu, Allah SWT akan menambahkan lagi nikmatNya ke atas kita semua.


“Saya ingin ucapkan tahniah kepada seluruh rakyat negeri Terengganu Darul Iman khasnya, yang telah melaksanakan kewajipan mereka sebagai pengundi. Rakyat telah membuat pilihan dan kita hormati keputusan yang telah dibuat oleh rakyat.


“Kepada mereka yang menang, ingatlah bahawasanya anda tidak menang semua dan begitu juga kepada mereka yang kalah, anda tidak kalah semua,” katanya.


Ahmad Razif turut memohon agar diberikan sedikit masa untuk tempoh bertenang dan membuat perancangan yang seterusnya.


Awal pagi tadi, Pas membuat kejutan apabila kembali menawan Terengganu setelah menewaskan BN dan Pakatan Harapan (Harapan) dan berjaya membentuk kerajaan baharu apabila kembali diberikan mandat dalam PRU14.


Pas berjaya memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga dengan kejayaan mendapat 22 kerusi Dun dan enam kerusi Parlimen.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]