Sedia galas tanggungjawab

in Edisi Utara by


YAN РSabri Azit bersedia menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen P012 Jerai selepas  berjaya menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.


Sabri berkata, kemenangan ini sangat bermakna buat dirinya dan juga jemaah di dalam parti.


Katanya, pada peringkat awal lagi beliau menjangkakan kemenangan ini namun pada saat akhir keyakinannya sedikit goyah apabila berlaku persaingan yang agak sengit.


“Alhamdulilah, semuanya sudah tertulis bahawa Pas akan memperoleh kemenangan dan kita perlu bersyukur,” katanya.


Menurut Sabri, beliau merasakan tanggungjawab yang bakal dipikul amat berat untuk menangani permasalahan rakyat di Parlimen Jerai ini.


“Namun begitu, saya sangat yakin dengan kekuatan rakan-rakan Pas saya mampu untuk melakukan semua ini dengan baik,” katanya.


Sabri turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang memberikan undi buat dirinya.


“Terima kasih kepada anda yang mengundi saya, insya-ALLAH saya akan cuba lakukan yang terbaik,” katanya.

 


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]