'Terima kasih Presiden Trump'

in Global by


WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Tiga tahanan warga Amerika Syarikat (AS) yang dibebaskan Korea Utara semalam berterima kasih kepada Presiden Donald Trump dan Setiausaha Negara, Mike Pompeo di atas pembebasan mereka.


Ketiga-tiga tahanan dikatakan dalam perjalanan menuju Pangkalan Tentera Udara Andrew berdekatan Washington dan Trump akan menyambut kepulangan mereka hari ini.


“Kami mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Amerika Syarikat, Presiden Trump, Setiausaha Negara, Mike Pompeo dan rakyat Amerika di atas pembebasan ini.


[ARTIKEL BERKAITAN: Korea Utara bebas tiga tahanan warga AS]


“Terima kasih kepada keluarga serta rakan yang mendoakan kepulangan kami,” ujar Kim Hak-song, Tony Kim dan Kim Dong-chul dalam satu kenyataan.


Rumah Putih berkata pembebasan dianggap sebagai isyarat muhibah menjelang pertemuan bersejarah antara Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un. – BBC


Source: SH Global

[featured-video-plus]