EU taruh harapan bekerjasama dengan kerajaan Malaysia baharu

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Kesatuan Eropah (EU) menaruh harapan untuk bekerjasama dengan kerajaan baharu di Malaysia untuk mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan EU untuk manfaat rakyat Malaysia dan Eropah.


urucakap EU dalam satu kenyataan  berkata, EU juga berharap agar keputusan Pilihan Rahya Umum ke-14 (PRU14) Malaysia pada Rabu dihormati, bermula dengan peralihan kuasa yang berjalan lancatr dan teratur selaras dengan Perlembagaan Malaysia.


“Dalam PRU14 pada 9 Mei lalu, rakyat Malaysia telah mengundi bagi perubahan secara aman,” kata kenyataan itu.


Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) Tun Dr Mahathir Mohamad melakar sejarah apabila beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk kali kedua ketika berusia 92 tahun di Istana Negara di sini malam, tadi.


Majlis mengangkat sumpah berlangsung susulan kemenangan Harapan pada  PRU14, semalam.  – Bernama

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]