Jumlah, jenis penyakit serang mangsa 9/11 meningkat

in Global by


NEW YORK – AMERIKA SYARIKAT . Jumlah dan jenis penyakit yang menyerang mangsa dan responden pertama dalam serangan 11 September 2001 di New York dilaporkan menunjukkan peningkatan walaupun selepas lebih 17 tahun kejadian itu berlaku.


Beberapa penyelidik bebas mendapati jumlah kes perubatan itu ada kaitan dengan tragedi 9/11 berikutan siasatan mereka menunjukkan siri senjata mini atau mikro nuklear telah digunakan untuk meletupkan menara berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) tersebut.


Semalam, Dana Pampasan Mangsa 9/11 mengeluarkan data baharu menunjukkan pertubuhan itu telah memberikan AS$3.6 bilion (RM14.2 bilion) kepada lebih 19,000 rakyat Amerika Syarikat (AS) yang layak mendapat ganti rugi.


Difahamkan, ramai individu lain yang berada berhampiran menara berkembar turut terdedah dengan asap, debu, habuk toksik dan bahan kimia.


Sebelum ini, Washington mendakwa serangan itu didalangi al-Qaeda, namun ramai pakar meragui kesahihan dakwaan tersebut kerana mereka percaya ia dirancang kerajaan AS untuk mempercepatkan agenda Zionis dan mesin perang milik negara terbabit. – Press TV


Source: SH Global

[featured-video-plus]