PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

May 2018 - page 448

'Misteri' Pliskova…

in Sukan by


JUARA Terbuka Stuttgart, Karoline Pliskova membuat keputusan mengejutkan apabila diumumkan menarik diri daripada saingan Terbuka Prague minggu ini.


Pemain Republik Czech yang diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan itu akan digantikan dengan Aliaksandra Sasnovich dalam undian utama.


“Karolina Pliskova telah menarik diri dari saingan Terbuka Prague, dan tempatnya akan diambil oleh Aliaksandra Sasnovich yang akan bertemu Kristyna Pliskova,” tulis satu kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter Persatuan Tennis Wanita (WTA).


Bagaimanapun, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan pemain nombor enam dunia itu mengenai sebab-sebab beliau menarik diri.


Difahamkan, keputusan itu mungkin bertitik-tolak daripada hasil undian pusingan pertama yang memaksa beliau bertemu pasangan kembarnya, Kristyna.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]

Pesta Food-Fit-Fun Fair

in Bisnes by


DUTCH Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) baru-baru ini menyertai Pesta ‘Food-Fit-Fun Fair’ yang diadakan selama seminggu.


Pesta ia adalah salah satu aktiviti utama yang diadakan sempena Bulan Nutrisi Malaysia 2018 (BNM) bagi mempromosikan pengambilan pemakanan sihat dan aktiviti fizikal dalam kalangan rakyat Malaysia.


Acara ini dianjurkan bersama oleh Persatuan Nutrisi Malaysia, Persatuan Dietitian Malaysia dan Persatuan Kajian Obesiti Malaysia untuk menangani penyakit tidak berjangkit (NCD) yang semakin meningkat dan membimbangkan di negara ini.


Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia, Ramjeet Kaur Virik berkata, sebagai salah satu syarikat tenusu terkemuka di Malaysia, Dutch Lady ingin mengambil bahagian dalam aktiviti yang mempromosikan pemakanan serta aktiviti fizikal sihat dalam kalangan rakyat Malaysia, seterusnya memainkan peranan dalam menangani isu kesihatan di negara ini.


“Selama 55 tahun, Dutch Lady sentiasa membantu warga Malaysia membina keluarga yang kuat dari segi fizikal dan juga emosi. Kami bukan sahaja membekalkan susu bernutrisi yang penting untuk kesihatan kita, kami turut mengadakan aktiviti dan program kesihatan bertujuan merapatkan ahli keluarga bersama dan membantu mereka mengeratkan hubungan satu sama lain. “Sebagai salah satu penaja untuk Bulan Nutrisi Malaysia ini, kami berpeluang membimbing warga Malaysia memahami kebaikan susu dan menggalakkan pemakanan sihat sambil mengeratkan


Katanya, Dutch Lady Malaysia mahu membantu warga Malaysia yang sibuk untuk mendapatkan nutrisi protein yang penting pada waktu pagi.


Sementara itu, pakar nutrisi Dutch Lady, Tan Huey Ghee berkata, protein sangat penting untuk badan kerana ia berfungsi membina otot dan juga menguatkan rambut dan kuku.


“Selain itu, protein turut membantu membina dan memperbaiki tisu otot supaya dapat kekal aktif sepanjang hari.


“Tidak seperti lemak badan, protein tidak boleh disimpan di dalam badan kita untuk digunakan pada hari berikutnya. Ini bermakna kita perlu bergantung kepada hidangan seharian untuk memenuhi keperluan protein.


“Sarapan seharusnya mengandungi 20 hingga 25 peratus keperluan nutrien harian termasuk protein. Dengan hanya meminum segelas susu penuh krim, ia dapat memberikan anda lebih daripada 50 protein yang diperlukan sewaktu sarapan,” katanya.


Tambahnya, kajian membuktikan protein dalam susu lebih mudah untuk di hadam dan kaya dengan asid amino yang bertanggungjawab untuk pelbagai proses biokimia bagi badan berfungsi dengan lancar.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]

Saya harap pemimpin Pas bertenang sahaja: Husam

in Politik by


KOTA BHARU – “Cool…(bertenang),” itu nasihat Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Husam Musa kepada semua pihak walaupun Pas kelihatan ‘panas’ berhubung  keputusan Nik Omar Nik Abdul Aziz.


Menurutnya, semua pihak tidak perlu melayan tindak tanduk pemimpin Pas yang memperlihatkan ‘kepanasan’ mereka memandangkan Nik Omar telah pun membuat keputusannya sendiri dan berusaha mencapai kemenangan demi rakyat dan negara.


“Ini membuktikan Nik Omar menyumbang positif kepada kekuatan Pakatan Harapan dan kepada semua pemimpin Pas untuk terus bertenang memandangkan banyak lagi kelatahan dibuat pemimpin Pas yang boleh menimbulkan kesan negatif kepada Pas sendiri.


“Saya merujuk kepada kenyataan secara umum melibatkan kepimpinan tertinggi Pas,  Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Datuk Takiyuddin Hassan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


“Saya harap mereka dapat bertenang dan tidak mendedahkan Pas dengan kesan negatif yang besar, sekali gus menganggap ini satu perkembangan politik demokrasi Malaysia,”katanya kepada media selepas menyampaikan ceramah.


Ketika diminta mengulas mengenai keretakan hubungan keluarga Nik Omar, beliau menjelaskan perkara tersebut tidak perlu diulas panjang memandangkan ia merupakan privasi semua pihak.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]

Koleksi Ramadan Levi's

in Bisnes by


LEVI’S memperkenalkan koleksi terbaharunya sempena Ramadan sekali gus kempen muzik video bagi memberi inspirasi kepada ekspresi diri yang mencerminkan nilai dan jati diri sebenar.


Pengurus Negara Levi Strauss Malaysia, Imran Butt berkata, sebagai sebuah jenama global, Levi’s sentiasa memperjuangkan ekspresi diri.


“Kami mahu memperkasakan anda dalam melakukan perubahan yang ingin anda lihat dan menjadi manifestasi positif terhadap semua nilai yang dimiliki,” katanya.


Jelasnya, dengan himpunan pelbagai stail versatil yang sesuai digayakan dalam keadaan dingin mahupun kering, koleksi Ramadan ini mampu memperkasakan dengan memberi lebih keyakinan diri dan fokus, sekali gus memudahkan menjalani aktiviti harian, terutamanya pada bulan Ramadan yang mencabar.


“Menggabungkan sentuhan unik tanpa mengetepikan faktor ‘cool’ yang sinonim dengan Levi’s, koleksi baharu ini membolehkan si pemakai membina gaya perayaan tersendiri tanpa terlihat janggal.


“Koleksi ini menampilkan gaya cantik klasik, sofistikated dan padanan sesuai pasti membuatkan ia selesa digayakan sepanjang masa,” katanya.


Imran berkata, untuk koleksi lelaki padanan seluar jeans Performance Cool yang dipertingkatkan khususnya untuk 511 Slim Fit, 505 Regular Fit dan 501 Original direka untuk beri kesan dingin dan kering dalam cuaca tropika di Malaysia.


“Performance Cool menampilkan fabrik berongga yang menyerap kelembapan, sekali gus memudahkan pengaliran udara yang lebih baik pada tubuh serta membantu menyelaraskan suhu badan, menyelaraskan suhu badan meskipun berada di bawah kehangatan mentari,” katanya.


Sementara itu, untuk wanita Imran berkata, Seluar jeans Performance Cool himpunan 711 Ankle Skinny dan 710 Skinny Cropped berupaya menyerlahkan apa juga padanan yang ingin digayakan.


“Seluar jeans ini dihasilkan daripada material mudah regang yang selesa dengan kelebihan tambahan iaitu Teknologi Elastane Stretch yang memudahkan pergerakan agar lebih fleksibel.


“Teknologi ini turut menyediakan aspek pemulihan yang mengikut lentur tubuh semula jadi si pemakai sekali gus memudahkan perjalanan aktiviti harian,” katanya.


Jelasnya, menerusi koleksi baharu Ramadan ini turut menonjolkan teknologi inovasi denim.


“Dengan inovasi denim berteknologi tinggi berserta padanan balus dan kemeja becitrakan musim perayaan, koleksi Levi’s Ramadan ini sememangnya sesuai untuk keraian tahun ini.


“Koleksi ini boleh didapati di butik Levi’s di seluruh Negara mulai Mei ini dengan harga antara RM139 sehingga RM499,” katanya.

 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]

Gelombang perpaduan Harapan mampu tumbangkan BN

in Edisi Utara by


ALOR SETAR – Semangat perpaduan dalam kalangan ahli Pakatan Harapan (Harapan) hari ini mampu menewaskan BN pada PRU14.


Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, BN hari ini semakin bimbang dengan gelombang perpaduan yang ditunjukkan penyokong Harapan dalam kalangan ahli Amanah, PKR dan DAP.


“Pada penamaan calon baru-baru ini sudah tidak kenal lagi calon mana yang mereka wakili. Semua ahli Harapan memberi sokongan kepada calon mereka dan ini menunjukkan perpaduan yang kuat.


“Gelombang ini sangat dibimbangi BN dan hari ini terbukti setiap program ceramah yang dianjur Harapan pasti akan mendapat sambutan.


“Saya kagum dengan semangat ahli Harapan hari ini kerana kedatangan mereka bukan dibayar atau ditaja mana-mana pihak. Mereka datang dengan semangat untuk menumbangkan BN pada PRU nanti,” katanya semasa mengadakan ceramah isu semasa di Taman Derga Jaya, di sini kelmarin.


Harapan juga turut kecewa dengan tindakan pegawai pilihan raya yang menyebabkan dua calon mereka tidak dapat menyertai pada PRU nanti.


Menurut Mohamad Sabu, dua peristiwa yang berlaku di Dun Rantau dan Parlimen Batu sangat mengecewakan dan tidak dapat diterima Harapan.


“Kegagalan calon memiliki tag Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyebabkan permohonan calon Harapan ditolak. Saya nak maklumkan hanya empat sebab saja setiap permohonan calon boleh ditolak. Pertamanya ialah mengenai kesihatan calon, status kewangan sama ada bankrap, calon mesti bermastautin tempat sendiri bagi calon Dun dan penyokong serta pencadang hendaklah pengundi di Dun atau Parlimen itu.


“Syarat itu langsung tidak mewajibkan calon memiliki tag SPR, tetapi masalah itu menyebabkan permohonan pencalonan ahli Harapan ditolak. Tag SPR hanya sekadar digunakan untuk ke luar masuk ke pusat pencalonan dan langsung tidak menjejaskan pencalonan seseorang itu,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]

Bersatu Pengerang lapor polis isu FB Johor Bulletin

in Edisi Johor by


KOTA TINGGI – Bersatu Bahagian Pengerang membuat laporan polis berikutan kenyataan di Facebook Johor Bulletin menggunakan nama pemangku ketuanya mendakwa calon PKR Parlimen Pengerang, Norliza Ngadiran bakal muflis.


Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Pengerang, Abdul Razak Budu berkata, laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi itu untuk menafikan kenyataan yang dimuat naik di Facebook berkenaan.


“Mereka menggunakan nama dan wajah saya dalam muat naik di Facebook berkenaan yang mana kenyataan tersebut bukan datang dari saya,”katanya kepada Sinar Harian.


Dalam pada itu, Ketua Penerangan Bersatu Pengerang, Baharuddin Miran turut menafikan Facebook Johor Bulletin dikendalikan oleh Bersatu bahagian tersebut.


Dia turut meminta pihak pengendali Facebook berkenaan agar meminta maaf kepada Bersatu Pengerang berikutan memuat naik kenyataan sekali gus merosakkan nama Bersatu bahagian itu.


“Kita juga minta mereka agar menutup laman Facebook berkenaan. Sekiranya mereka tidak membuat permohonan maaf kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang,”katanya.


Kelmarin, Norliza membuat laporan polis selepas tular di laman Facebook mendakwa dirinya bakal muflis.


Ketua Srikandi Bersatu Johor itu memaklumkan dia telah membuat laporan di Balai Polis Bandar Penawar.


Menerusi kenyataan di Facebook berkenaan menyiarkan Bersatu Bahagian Pengerang bukan menolak Norliza hanya kerana dia menetap di Pontian.


Sebaliknya dalam muat naik itu turut mendakwa mereka membantah kerana Norliza seorang yang akan bankrap tidak lama lagi setelah diarahkan oleh mahkamah untuk membayar lebih RM400,000 kepada beberapa pihak termasuk bank.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]

Cadangan BN untuk atasi kos barang naik tak relevan

in Edisi Selangor KL by


KUALA  LUMPUR – Cadangan  dikemukakan BN bagi menyelesaikan peningkatan kos barangan akibat pelaksanaan GST didakwa dangkal dan  langsung tidak menyelesaikan masalah dihadapi rakyat.


Calon Parlimen Setiwangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata,ada calon BN baru-baru ini memberi kenyataan bahawa parti itu berusaha mengurangkan impak GST melalui Jualan Sentuhan Rakyat.


Nik Nazmi berkata, menerusi kenyataan itu jelas menunjukkan calon berkenaan dan BN mengakui GST merupakan beban kepada rakyat.


“Namun begitu penyelesaian yang dicadangkan begitu dangkal dan tidak langsung menyelesaikan masalah peningkatan kos barangan akibat pelaksanaan GST.


“Mungkin calon tersebut tak faham cabaran yang dihadapi rakyat negara ini. Jualan Sentuhan Rakyat bukan penyelesaiannya, sama ada untuk pengguna, pekerja mahupun peniaga kecil,” katanya.


Menurutnya, Pakatan Harapan (Harapan) berjanji  menghapuskan GST dalam tempoh 100 hari pertama memerintah kerana sedar rakyat terutama golongan berpendapatan rendah, belum mampu membayar cukai GST. Malah rakyat berpendapatan sederhana juga terasa impak GST.  


BN katanya gagal dalam pelaksanaan GST.


“Ada menteri pernah janjikan harga barang akan turun. Jika betul turun, tak perlu buat Jualan Sentuhan Rakyat.


“Jika mahu GST dimansuhkan, undi Harapan,” katanya.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]

Gaji minimum dah tak realisitik: Azmin

in Edisi Selangor KL by


SHAH ALAM – Gaji minima pekerja sebanyak RM1,000  di negara ini didakwa masih pada tahap tidak realistik  dengan hampir sebahagian besar daripada pekerja  bergaji bawah RM1,700.


Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, lebih menyedihkan keadaan ekonomi negara semakin gawat ketika ramai bergelut dengan krisis kos sara hidup dan gaji yang rendah.


Dengan gaji yang rendah, katanya sudah tentu rakyat tidak dapat menghadapi cabaran cukai dan kenaikan harga barang.


Menurutnya, ia berbeza di Selangor, gaji minima penjawat awam negeri adalah pada kadar RM1,500.


“Saya percaya jika  pekerja mempunyai gaji lebih tinggi, mereka dapat menyumbang lebih kepada ekonomi. Pakatan Harapan (Harapan) bertekad untuk meningkatkan gaji minima bagi semua jenis pekerjaan kepada RM1,500 selepas kita ke Putrajaya.


“Itulah faktor utama Selangor menjadi penyumbang terbesar iaitu 23 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) kerana di negeri ini pekerja menjadi tulang belakang ekonomi,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Pekerja 2018.


Azmin berkata, kerajaan negeri mengorak jauh ke depan dengan menggunakan strategi pembangunan berasaskan inovasi serta ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau ‘knowledge economy’.


Dalam masa sama daya saing pekerja ditingkatkan  selaras dengan tawaran Harapan mewujudkan 1 juta pekerjaan berkualiti untuk anak muda yang bergaji tinggi, sebanyak RM2,500 ke atas.


“Saya mohon pekerja supaya menggembleng tenaga, berganding bahu dan membuat pilihan betul dalam PRU14. Pilihlah parti yang akan membela dan memelihara kebajikan pekerja. Pilihlah parti yang mengiktiraf hak pekerja dan kesatuan pekerja.


“Di Selangor,  Harapan  membuktikan bahawa kita peduli kebajikan dan keluhan pekerja. Hantarlah kita ke Putrajaya, dan kita dapat memartabatkan hak dan kebajikan semua pekerja Malaysia. Salam Hari Pekerja 2018!,” katanya.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]

Muar bukan 'test place': Hishammuddin

in Edisi Johor by


MUAR – Keghairahan calon luar untuk bertanding di Parlimen Muar dilihat tidak ubah seperti hanya mencuba nasib untuk memastikan kemenangan berbanding meneliti isu semasa dan permasalahan setempat.


Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini berikutan mereka gagal mengikuti perkembangan di sesebuah kawasan dan tentunya sukar bagi seseorang yang mahu diangkat sebagai pemimpin.


“Mereka yang datang dari luar tak tahu hujung pangkal, latar belakang Muar. Datang hanya nak eksploitasi situasi dan suasana. Saya percaya kita di Muar dah lama hadapi pelbagai cabaran dan dugaan.


“Kita pun dah serik lihat Muar sebagai ‘test place’ pihak-pihak yang nak cuba nasib. Saya percaya rekod pencapaian sejarah akan tunjuk dan sedar bukan sahaja kepada golongan dewasa, tapi yang muda juga bahawa inilah wadah terbaik untuk bela rakyat di Muar tanpa mengira warna kulit, agama, latar belakang, warna kulit kerana perjuangan kita ikhlas dan jujur,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Program Jalinan Kasih di Bangunan Umno Muar, di sini, semalam.


Hadir sama Pengerusi BN Parlimen Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim yang juga calon BN kerusi Parlimen Muar; calon BN kerusi Dun Maharani, Datuk Ashari Md Sarip dan calon BN kerusi Dun Sungai Balang, Zaiton Ismail.


Hishammuddin berkata, beliau berharap baki beberapa hari lagi ini akan dimanfaatkan oleh pengundi untuk menilai semula kemampuan barisan calon sebagai penentu dan masa depan di kawasan mereka.


“Sebab itulah saya harap sangat baki beberapa hari ni kita dekati seramai mungkin pengundi di Muar supaya tak dikaburi dengan isu yang dibawa dari luar.


“Harap anak-anak muda kita tak terpengaruh dengan sensasi dan isu emosi kerana akhirnya mereka (calon pembangkang) akan kembali ke kawasan masing-masing selepas kalah nanti dan yang tinggal hanyalah calon-calon wakil rakyat BN, mereka ni yang akan berkhidmat untuk kita di Muar,” katanya.


Dalam pada itu, Hishammuddin mengakui cabaran menangkis fitnah dan berita palsu di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab merupakan antara cabaran dalam kempen PRU.


Katanya, justeru calon dan jentera perlu menggembleng tenaga berjumpa seramai mungkin pengundi bagi memberitahu cerita sebenar terutama kepada golongan muda.


“Perang dalam media sosial ini menggambarkan persepsi yang pelbagai mengenai kerajaan BN. Tugas kita ialah lebih baik jumpa pengundi ini seramai mungkin.


“Perlu pastikan mereka faham isu. Ini adalah cabaran kita,” katanya.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]

Jangka nilai kontrak berganda

in Bisnes by


SYARIKAT Bumiputera pakar dalam bidang hiasan dalaman dan ubai suai rumah, Gemilang Irsyad Resources (Gemilang Irsyad) mahu mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran dan menjangkakan nilai kontrak yang akan dikendalikannya berganda pada tahun ini berbanding RM2.6 juta pada tahun lalu.


Pengasasnya, Dr Badrul Hisham Mohd Yusoff optimis sasaran itu mampu dicapai berikutan trend permintaan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan meningkat antara tiga hingga empat kontrak sebulan melibatkan pelbagai jenis rumah.


Menurutnya, peningkatan pertumbuhan pembangunan projek perumahan yang pesat juga memacu kepada jangkaan tersebut kerana kebanyakan pemilik rumah baharu merupakan generasi muda yang mahu rumah mereka selesa dan dihias mengikut trend dan cita rasa masing-masing.


“Penglibatan saya sejak 10 tahun lalu melihat trend permintaan hiasan dalaman meningkat dari tahun ke tahun. Kepesatan projek pembangunan perumahan terutamanya di Lembah Klang melibatkan pelbagai jenis rumah, mendorong permintaan terhadap hiasan dalaman dan ubai suai rumah meningkat.


“Setakat ini, Gemilang Irsyad beroperasi di Lembah Klang dan Pulau Pinang sahaja, malah kami juga mendapat permintaan dari seluruh negara. Kebanyakan pelanggan menggunakan perkhidmatan kami untuk menghias keseluruhan rumah, malah ada antaranya hanya memilih ruang tamu, dapur, bilik tidur,” katanya.


Bagaimanapun katanya, keupayaan syarikat yang hanya mempunyai dua kumpulan utama yang bertanggungjawab terhadap kerja dalam hiasan dalaman dan bidang dekorasi rumah menyebabkan tumpuan utama adalah kedua-dua kawasan tersebut.


“Kami mempunyai kepakaran dalam hiasan dalaman dan dekorasi rumah mengikut bajet yang diberikan pelanggan. Setakat ini, kami menyediakan perkhidmatan tersebut serendah RM22,000 dan kami mengambil masa untuk menyiapkannya bergantung kepada keluasan rumah. Sekiranya rumah flat, kami menjangkakan seawal tiga minggu ia disiapkan.


“Kami berpengalaman  mengubahsuai rumah dan membuat hiasan dalaman rumah flat, kondominium, teres dan banglo. Kami akan melihat kepada bajet pelanggan dan perbincangan akan dilalukan bagi memastikan konsep dan perabot serta material yang digunakan menepati cita rasa pelanggan,” katanya.


Dr Badrul berkata, pelbagai konsep dekorasi menjadi pilihan antaranya ‘urban retro’, minimalis, kontemporari, hipster, Scandinavian, Asian, kontemporari, cottage, gaya English, Mediterranean, moden, tradisional, klasik dan tropika.


“Gemilang Irsyad turut bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan kelulusan daripada kerja-kerja yang dilaksanakan,” katanya.


 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]

Kembali UTAMA