PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

May 2018 - page 450

Kebajikan rakyat jadi agenda utama

in Edisi Terengganu by


DUNGUN – Manifesto PRU13 oleh kepimpinan Pas tidak mungkin terlaksana untuk masyarakat di Dungun selagi tampuk kepimpinan masih dikuasai kerajaan sekarang.


Walaupun menang di Parlimen dan tiga Dun di daerah ini, kepimpinan Pas terpaksa berbalik kepada asal iaitu berkhidmat kepada rakyat.


Calon Pas untuk P39 Parlimen Dungun yang juga penyandang Ahli Parlimen Dungun sebelum ini, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, manifesto hanya mampu dilaksanakan apabila sesebuah parti dapat menerajui kerajaan.


Menurutnya, apa yang menjadi keutamaan untuk masyarakat Dungun ialah kebajikan rakyat dan pengundi.


“Selagi kita tidak dapat jadi kerajaan, kerja utama kita adalah menjaga kebajikan dan berkhidmat untuk rakyat.


“Sepanjang tempoh lima tahun banyak kerja-kerja kebajikan kita bangunkan dan perjuang. Kita telah beri perkhidmatan sebaik mungkin kepada rakyat,” katanya.


Beliau berkata, antara usaha kebajikan yang direalisasikan ialah unit khidmat masyarakat Parlimen dan Dun.


“Kita berjaya sediakan kemudahan van jenazah di Parlimen dan semua Dun untuk kemudahan rakyat. Kita terpaksa mencari dana untuk bantuan Parlimen sendiri dan di Dun.


“Banyak kerja kebajikan berjaya kita laksanakan walaupun tiada peruntukan. Walau berdepan cabaran dan halangan, kita berjaya laksanakan kerja kebajikan dengan baik,” katanya.

 


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]

Tak gentar lawan orang popular

in Edisi Selangor KL by


TANJONG KARANG – Calon BN Dun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias tidak gentar berdepan dengan populariti calon Pas yang juga penceramah selebriti, Mohd Zamri Mohd Zalnuddin menjelang PRU14 ini.


Menurutnya, pengundi bukannya melihat kepada faktor populariti seseorang calon semata-mata tetapi lebih kepada keupayaan untuk memberikan khidmat terbaik untuk membela nasib mereka.


“Orang bukannya lihat kepada populariti semata-mata kerana dalam soal kerja wakil rakyat ini cukup berbeza kerana mereka mahukan pemimpin yang mampu memberikan khidmat terbaik.


“Saya lihat calon Pas ini adalah baharu dan belum lagi teruji keupayaannya namun pengundi boleh lihat rekod saya sepanjang tiga penggal berkhidmat sebagai wakil rakyat kawasan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika mengulas pertembungan tiga penjuru Dun Sungai Burong dengan Pas menonjolkan calon popular manakala calon Pakatan Harapan (Harapan), Mohd Tarmizi Lazim.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]

Fokus sedarkan pengundi Dun Permatang

in Edisi Selangor KL by


KUALA SELANGOR – “Sudah menjadi manifesto utama saya untuk memberi kesedaran kepada pengundi Dun Permatang supaya merdekakan minda kerana BN sudah tidak relevan lagi,” demikian kata Rozana Zainal Abidin.


Calon Pakatan Harapan (Harapan) Dun Permatang itu berkata, jentera PKR Cabang Tanjong Karang akan terus memberikan kesedaran kepada rakyat khususnya Dun Permatang.


 “Matlamat utama saya adalah mahu memberikan kesedaran kepada pengundi bahawa kehidupan 60 tahun di bawah BN sudah tidak lagi relevan sebab boleh bezakan dengan pencapaian Harapan di Selangor.


 “Perbezaan tempoh pemerintahan 50 tahun BN di Selangor jika dibandingkan 10 tahun bawah Harapan cukup besar kerana terlalu banyak inisiatif peduli rakyat diperkenalkan untuk membela nasib rakyat,” katanya.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]

1 448 449 450
Kembali UTAMA