21 peratus perokok berusia 15 tahun ke atas

in Uncategorized by


TAIPING – Jabatan Kesihatan Perak mengesan 21 peratus perokok di negeri ini merupakan kelompok berusia 15 tahun ke atas.


Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Ding Lay Ming berkata, data yang diperolehi pada 2015 itu hampir menyamai peratusan negara iaitu 22.8 peratus.


Menurutnya, berdasarkan tinjauan kesihatan dan morbiditi kebangsaan 2011, didapati jumlah perokok berusia 15 tahun ke atas di negara ini adalah 25.1 peratus.


“Pada 2015 peratusan kelompok itu  menunjukkan penurunan, tabiat merokok ini lebih ketara dalam kalangan lelaki iaitu membabitkan 4.8 juta orang,” katanya selepas merasmikan Majlis Perasmian Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Negeri Perak di Dewan CME Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama, semalam.


Beliau berkata, pihaknya sentiasa berusaha bagi menurunkan jumlah perokok di samping memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya merokok.


“Tembakau dan tabiat merokok meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular termasuk penyakit jantung koronari dan strok.


“Merokok juga adalah penyebab kepada 40 peratus penyakit jantung dan strok dalam kalangan yang berumur di bawah 65 tahun,” katanya.

 


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]