Beri masa kerajaan Pas tunai manifesto

in Nasional by


SHAH ALAM – Rakyat perlu memberi masa kepada kerajaan negeri pimpinan Pas bagi melaksanakan janji dan manifesto PRU14.


Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana ada manifesto yang perlu disegerakan dan ada pula yang memerlukan tempoh untuk melaksanakannya.


“Rakyat Kelantan dan Terengganu perlu bersabar kerana  ada perkara yang perlu disegerakan dan ada juga yang perlu tunggu masa,” katanya ketika ditemui hari ini.


Sebelum ini Pas menawarkan manifesto air percuma, lot rumah kediaman untuk setiap isi rumah, wad kelas tiga percuma dan 20,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu dalam memenangi PRU14 di negeri itu.


Pada masa sama, Pas turut menawarkan 14 teras utama kepada rakyat Kelantan antaranya mendaulatkan Islam, meneruskan kecemerlangan pendidikan, menyuburkan ekonomi dan memperkasakan pembinaan rumah rakyat selain mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat dan meningkatkan kemudahan asas.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]