Dedah semua, kita kena telus

in Nasional by


SHAH ALAM – DAP mempertahankan tindakan kerajaan yang mendedahkan butiran sebenar paras hutang negara, bulan lalu.


Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata sebagai kerajaan baharu, Pakatan Harapan perlu telus.


“Kita perlu telus. Oleh kerana akhirnya mereka yang ada dalam (Kementerian) Kewangan, industri tahu kebenaran,” katanya kepada Astro Awani pada program 100 Hari Malaysia Memilih, hari ini.


Dalam pada itu, Kit Siang juga menegaskan akan tetap melaksanakan tugas sebagai pengkritik dalaman kepada kerajaan hari ini.


“(Saya akan) selalu (kritik dalaman). Saya bukannya orang jahat atau pengkhianat.


“Saya macam rakyat lain juga yang cintakan negara (tapi) yang undi ubah kerajaan ini dianggap pengkhianat” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]