Ketua Polis Maran santuni pesara polis

in Edisi by


MARAN – Program Ziarah Kasih Sayang Ketua Polis Daerah Maran dianjurkan bagi menyantuni pesara polis serta balu polis yang pernah berkhidmat sebagai anggota penguatkuasa dan keselamatan itu.


Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, program ini dapat mengeratkan ikatan ukhuwah dan silaturahim di antara pesara polis dan warga IPD Maran bahawa mereka tidak dilupai malah sentiasa di hati.


“Antara pihak yang memberikan sumbangan dalam program Ziarah Kasih Sayang ini ialah, Pengurus Stesen Petronas Bandar Jengka, Hamdan Abd Ghani dan Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.


“Syukur Alhamdulillah pada program tahun ini kita dapat melawat dan berinteraksi bersama pesara polis serta ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia cawangan Maran (PBPM) dan mengetahui keperluan mereka.


“Kita juga sempat ziarah kasih sayang ke atas anggota Balai Polis Pekan Awah, Koperal Airul Afandi Che Mat yang masih cuti sakit kerana menjalani pembedahan kaki sejak 19 Disember 2016 akibat kemalangan jalan raya,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran di sini, hari ini.


Dalam program itu sebanyak lapan buah rumah pesara polis diziarahi antaranya di Kampung Lubuk Paku, Kampung Keramat, Taman Maran Damai, Taman Sri Chedung dan di Felda Jengka 2.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]