Bengkel warna guna cat

in Bisnes by


DULUX, jenama cat hiasan terkemuka AkzoNobel dan Nala Designs jalin kerjasama untuk memberikan suntikan warna sempena sambutan Aidilfitri  dengan menganjurkan bengkel warna mural dan beg tote menggunakan cat.


Diketuai Pengasas Nala Designs, Lisette Scheers, bengkel berkenaan diadakan di Nala Muse, Bangsar Village II dan memberikan peluang kepada peserta melihat kehalusan penghasilan karya seni yang kaya dengan budaya.


Pengurus Besar AkzoNobel Decorative Paints Malaysia, Indra Laban berkata, Dulux merupakan pejuang kuasa warna yang teguh.


“Kami percaya bahawa warna mampu mengubah keseluruhan komuniti dan mempengaruhi tanggapan kita terhadap dunia sekeliling.


“Sehubungan itu, kami ingin mengambil peluang ini memperbaharui komitmen kami dalam terus memberi inspirasi warna kepada orang ramai,” katanya.


Menurut beliau, usaha sama dengan Nala Designs merupakan satu jalinan yang sempurna kerana mereka amat bersemangat dalam menghasilkan karya seni berilhamkan Malaysia yang bukan sahaja menonjol dan menarik perhatian tetapi paling penting, mampu memberi inspirasi kepada individu dan ia seiring dengan matlamat Dulux.


“Selain itu, usaha sama ini merupakan satu platform bagi kami untuk menyampaikan janji  dalam menghasilkan dan menyediakan warna cat serta salutan yang sentiasa tepat dan konsisten agar pelanggan dapat menikmati pengalaman penggunaan yang boleh diharapkan,” katanya.


Sementara itu, Scheers berkata, warna memainkan peranan penting dalam kehidupan harian dan cara terbaik untuk menggunakan warna ialah untuk mewarna tanpa mengira latar yang digunakan.


“Sungguhpun begitu, mewarna semakin kurang dihargai pada hari ini kerana ramai pihak beranggapan bahawa ia memakan tempoh yang lama dan secara terus-terang, tidak penting.


“Bagi mengubah pemikiran ini, kami telah bekerjasama dengan Dulux untuk memaparkan kuasa warna dengan mengecat dinding-dinding ini. Ia bukan sahaja merupakan kaedah yang memberikan impak yang paling besar tetapi juga paling mampu milik.


“Warna mampu mengubah penampilan ruang hidup anda, khususnya apabila anda mula bermain dengan tekstur. Selain itu, warna pada dinding juga mampu memberi kesan terhadap mood.


“Bagi kami, warna adalah segala-galanya dan merupakan satu cara yang membezakan kami dalam industri kreatif – menghasilkan produk yang bukan sahaja menampilkan rekaan-rekaan yang menarik perhatian tetapi turut memaparkan kecintaan kami terhadap warna,” katanya.


Bengkel warna menggunakan cat mural itu dianjurkan bagi memaparkan sifat dinamik dan inovasi cat Dulux berikutan tersedianya mural-mural dinding di Nala Muse yang menerima maklum positif daripada pengunjung di pusat beli-belah tersebut. Mural-mural berkenaan dihasilkan menggunakan siri cat Dulux EasyCleanTM Plus dan Dulux AmbianceTM Special Effects.


Dulux EasyCleanTM Plus didatangkan dengan KidProof TechnologyTM yang kalis kotoran*, memudahkan pembersihan dan memastikan warna terus kekal bagi dinding yang lebih menyerlah. Sementara rangkaian Dulux AmbianceTM Special Effects membolehkan pelanggan menghasilkan dinding yang unik dan istimewa mengikut cita rasa mereka.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Dulux dan inisiatif-inisiatif akan datangnya, sila layari laman web Dulux di  http://www.dulux.com.my atau laman Facebook http://www.facebook.com/DuluxMalaysia




 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]