CIDB gesa kontraktor utamakan keselamatan

in Bisnes by


LEMBAGA Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), mengingatkan kontraktor untuk mengutamakan keselamatan dalam perlaksanaan projek pembinaan.


Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Ir Ahmad ‘Asri Abdul Hamid dalam satu kenyataan media berkata, keselamatan adalah sangat kritikal terutamanya di dalam projek pembinaan yang terletak berhampiran dengan tempat awam.


Mengikut Seksyen 34B (1) (c), Akta CIDB kontraktor bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan sama ada semasa atau selepas kerja pembinaan.


“Sesiapa yang disabitkan bersalah melanggar tanggungjawab tersebut, boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.  Sekiranya kesalahan tersebut menyebabkan kematian, denda sehingga RM500,000 boleh dikenakan atau penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya.


Tambahnya, baru-baru ini di sebuah projek pembinaan di Klang, sebuah bored pile casingtertanggal dari rantai pengikat telah diangkat oleh kren di kawasan yang berhampiran dengan trafik. Namun, tiada kemalangan jiwa atau kerosakan yang dilaporkan.


Manakala di Kuala Lumpur, sebuah jentera pengorek tumbang di sebuah tapak pembinaan sehingga menghempap lima kenderaan yang diletakkan di tempat parkir berhampiran.  Namun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.


CIDB telah mengeluarkan notis untuk kedua-dua syarikat terbabit hadir ke pejabat CIDB untuk memberi maklumat dan keterangan mengenai kejadian tersebut.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]