Derita Muhammad Afif dapat perhatian Keskeb

in Edisi Utara by


PENDANG – Penderitaan adik Muhammad Afif Akasha Maruan, yang menghidap kanser mendapat perhatian daripada Kelab Sukan dan Kebajikan (Keskeb) Perpaduan Kedah.


Pengerusi Keskeb Perpaduan Kedah, Mohd Fakhzan Nasir berkata, ini adalah salah satu program kebajikan yang sentiasa dianjurkan Keskeb.


Katanya, Keskeb mengambil kesempatan menziarahi Muhammad Afif yang tinggal bersama keluarganya di Kampung Batu 20, Pendang.


“Muhammad Afif menghidap cancer hodgkin limfoma tahap dua yang berjaya dikesan tahun lalu,” katanya.


Menurut Mohd Fakhzan, Muhammad Afif semakin beransur pulih setelah menjalani beberapa kali proses kemoterapi.


“Insya-ALLAH kehadiran kita pada hari ini bagi menyampaikan sumbangan wang tunai dan juga hamper.


“Kesemua sumbangan ini dari tabung Keskeb serta sumbangan dalam kalangan ahli kita,” katanya.


Katanya, pihaknya sangat berharap sumbangan ini dapat menggembirakan Muhammad Afif.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]