Ibu Razan jadi sukarelawan

in Global by


BAITULMAQDIS – PALESTIN. Sabreen al-Najjar, ibu kepada Razan al-Najjar mengambil keputusan menjadi sukarelawan perubatan, semalam – mengikut jejak langkah anaknya itu.


Razan adalah sukarelawan wanita Palestin yang ditembak mati Jumaat minggu lalu, ketika cuba menyelamatkan seorang penunjuk perasaan yang cedera.


Agensi berita Al-Hadath melaporkan Sabreen memakai jaket sukarelawan perubatan yang dipakai anaknya ketika ditembak.


“Setiap gadis Palestin adalah Razan. Setiap ibu Palestin adalah Razan. Kami akan berkorban dan mengikut jejaknya,” kata Sabreen – Agensi


Source: SH Global

[featured-video-plus]