Kecam perbuatan pasang gegantung perkauman

in Edisi Selangor KL by


SHAH ALAM –  Pemuda Pakatan Harapan (Harapan) Shah Alam menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya di Selangor agar menghentikan permusuhan perkauman di negara ini.


Wakilnya, Danial Al-Rashid Haron berkata demikian susulan penemuan beberapa gegantung yang dipasang pihak tidak bertanggungjawab di kawasan Seksyen 7, Seksyen 16 dan Padang Jawa sejak semalam.


Beliau yang juga Ketua Pemuda Amanah Shah Alam berkata, gegantung terbabit jelas tertera mesej yang boleh mencetuskan api permusuhan kaum di kalangan rakyat.

DANIAL


“Ia menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kaum bukan Melayu yang digambarkan sebagai pendatang serta kafir sedangkan penduduk di sini langsung tidak tergugat dengan isu perkauman melampau.


“Kami mendukung perlembagaan dan hak setiap kaum di Malaysia, ” katanya dalam satu kenyataan media.


Menurutnya, hal perkauman tidak perlu lagi dijadikan isu yang tegang kerana rakyat Malaysia memilih parti yang menyokong kesepaduan kaum sebagai pemimpin.


“Lihat sahaja di dalam organisasi Harapan, senarai kabinet yang dibentuk cukup menggambarkan bahawa slogan Malaysia baru benar-benar dipraktiskan di dalam pemerintahan.


“Semua pihak perlu tolak sebarang usaha memecahbelahkan perpaduan rakyat Malaysia dalam isu kaum ataupun agama.

Gegantung yang ditemui dipasang di kawasan Seksyen 16, di sini.


“Marilah kita mendukung perlembagaan, seterusnya memberikan sokongan kepada kepimpinan negara serta Majlis Raja-raja Melayu,” katanya.


Terdahulu,  Danial bersama wakil Pemuda Harapan Shah Alam yang lain bersama-sama menurunkan gegantung yang dipasang oleh pihak tidak bertanggungjawab.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]