Kedah perit sebelum menang

in Sukan by


KEDAH berjaya mengatasi Kelantan 0-1 di Stadium Darul Aman selepas diberi saingan sengit pada aksi ke-15 Liga Super 2018, malam tadi.


Lang Merah turun memburu mata penuh mengasak tuan rumah sebaik wisel permulaan dibunyikan.


Kedah memperolehi peluang awal untuk menjaringkan gol menerusi sepakan percuma Baddrol Bakhtiar pada minit ke-9 namun tepat ke arah penjaga gol Kelantan, Mohd Shahrizan Ismail.


The Red Warrior yang beraksi sebagai tuan rumah pada perlawanan ini juga menguji penjaga gol baharu tuan rumah, Ramadhan Abd Hamid pada minit ke-12 menerusi sepakan kencang Lazarus Kaimbi namun berjaya ditepis keluar.


Sokongan lebih 4,000 penyokong Kedah berjaya menyemarakkan semangat juang pasukan itu yang berjaya mencemaskan kubu tuan rumah pada minit ke-21 menerusi Akhyar Rashid namun sekali lagi dinafikan oleh Mohd Shahrizan.


Paulo Rangel akhirnya menjaringkan gol yang ditunggu-tunggu pada minit ke-45 apabila berjaya menolak masuk bola selepas mengelirukan Mohd Shahrizan untuk meletakkan Kedah di hadapan 1-0.


Pada separuh masa kedua, Kelantan beraksi pada tempo tinggi untuk beri tekanan namun Kedah memburu gol penyamaan.


Perlawanan sedikit panas pada penghujung perlawanan apabila pemain tuan rumah, Khairul Ahraff Ramli dilayangkan kad merah pada minit ke-92 kerana mengasari Andik Vermanshah namun keputusan 0-1 kekal hingga ke wisel penamat.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]