Muka terkena silinder gas pemedih mata

in Global by


BAITULMAQDIS – PALESTIN.  Seorang penunjuk perasaan mengalami kecederaan parah apabila silinder gas pemedih mata ditembak tentera Israel mengenai mukanya.


Haitham Abu Sabla kini diletakkan di unit rawatan rapi dan diberikan sistem sokongan hidup.


Abang mangsa, Mahmoud berkata mereka berdua tidak pernah terlepas menyertai tunjuk perasaan di sempadan Gaza seiap kali selesai menunaikan solat Jumaat.


Sementara itu, seorang saksi Abu Mustafa berkata: “Seorang tentera Israel keluar dari sebuah jip tentera dan menembak gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan. Orang ramai bertempiaran menyelamatkan diri, tetapi di belakang ada seorang pemuda yang terhuyung-hayang dengan silinder gas melekat di mukanya.”


Dalam pertempuran terbaru semalam, sekurang-kurangnya empat penduduk palestin maut termasuk seorang remaja berusia 15 tahun.


Difahamkan, angka kematian rakyat Palestin yang maut dibunuh sejak tunjuk perasaan bermula 30 Mac lalu meningkat kepada 121 orang dan 13,000 lagi cedera.


Hampir 1,000 lelaki, wanita, tua dan muda terus menyertai desakan supaya mereka dibenarkan kembali ke tanah yang dirampas oleh Israel 70 tahun lalu. – Middle East Monitor


Source: SH Global

[featured-video-plus]