Pas minta kerajaan bendung budaya hina raja

in Edisi by


KOTA BHARU – Pas berharap kerajaan dapat membendung budaya menghina institusi beraja, sekali gus mengenakan tindakan kepada mereka yang bertindak sedemikian.


Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas memandang serius perkara tersebut kerana ia menyentuh soal asas yang dijamin dalam perlembagaan.


“Raja berperlembagaan, bermakna institusi ini perlu dihormati. Tidak boleh disentuh dan tidak boleh diganggu-gugat oleh mana-mana pihak.


“Saya mendukung apa yang dititahkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melahirkan kebimbangan baginda terhadap orang Melayu sendiri yang cuba mengkritik institusi beraja,” katanya kepada media di sini.


Beliau hadir menyantuni lebih 17 keluarga golongan asnaf di Dun Salor yang menyertai program ‘Let’s make them smile’ bersama Adun Salor, Saiful Adli Abu Bakar.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]