Pas sedia hadapi PRN Kedah

in Politik by


KOTA BHARU – Pas bersedia berdepan dengan sebarang kemungkinan termasuk Pilihan Raya Negeri Kedah sekiranya isu perlantikan Speaker Dun gagal diselesaikan dalam masa terdekat.


Mengakui usaha mengelak pilihan raya kerana pelbagai faktor termasuk kos yang besar, Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jalan penyelesaian dilihat sukar memandangkan Kerajaaan Pakatan Harapan Kedah menolak cadangan pihaknya untuk menyelesaikan krisis sekali gus memungkinkan PRN terpaksa diadakan.


“Sebenarnya Pas sudah tunjuk jalan keluar melalui kerajaan campuran yang melibatkan semua parti, tujuan adalah untuk mengelak PRN. Ia adalah jalan terbaik dalam menangani situasi ini, tetapi mereka tolak.


“Kita tiada masalah dengan penolakan itu kerana ia hanya cadangan, oleh itu kita bersedia untuk sebarang kemungkinan dan jentera kita bersedia,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas Merasmikan Muktamar Muslimat Pas ke-45 di sini, hari ini.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]