Pemimpin ikhlas boleh pulihkan Umno

in Politik by


BESUT – Keikhlasan merupakan faktor utama yang perlu ada pada setiap pemimpin dan anggota Umno sekiranya mahu melihat parti itu pulih kembali dan mendapat sokongan majoriti rakyat negara ini, kata anggota majlis tertingginya, Datuk Seri Idris Jusoh.


Oleh itu kata Idris, ahli Umno di semua peringkat perlu memilih pemimpin yang ikhlas untuk memimpin parti itu agar ia terus pulih dan gagah seperti sebelumnya, bukan memilih pemimpin yang melompat parti dan diragui keikhlasannya untuk bersama parti.


“Perjuangan untuk agama dan bangsa memerlukan seseorang yang mempunyai semangat keikhlasan yang tulen… tanpa mempunyai sebarang agenda di sebalik perjuangannya itu.


“Pemimpin yang sentiasa ingin melompat parti dan pentingkan diri sepatutnya disingkir kerana mereka tidak diperlukan oleh Umno,” katanya selepas menyampaikan zakat kepada penduduk di kediamannya di Kampung Toh Has di Besut, hari ini.


Mengenai pemilihan Umno peringkat pusat, Idris berkata, beliau masih belum membuat keputusan sama ada bertanding bagi mengekalkan jawatan majlis tertinggi yang disandang sekarang ini atau jawatan lebih tinggi dalam parti.


Bagaimanapun, beliau yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Besut akan bertanding di peringkat bahagian untuk membantu Umno memulihkan peringkat akar umbi. – Bernama


Source: SH Politik

[featured-video-plus]