Persatuan Pesara kutuk tindakan hina Raja-Raja Melayu

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) hari ini mengutuk tindakan menghina Raja-Raja Melayu sehingga membangkitkan perasaan dukacita Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, semalam.


Presidennya, Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh berkata, pihaknya akan menentang mana-mana pihak yang cuba memperlekehkan konsep raja di dalam Perlembagaan.


“PPKM memegang teguh dengan konsep Raja dalam Perlembagaan kerana Raja-Raja Melayu memainkan peranan yang penting sebagai tunggak perpaduan bagi Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada mereka yang berbeza etnik dan kepercayaan agama,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, sungguhpun Raja-Raja Melayu memegang kuasa mutlak agama Islam yang menjadi agama rasmi negara ini, mereka juga bertangggungjawab menegakkan kebebasan bagi lain-lain agama yang  dianuti rakyat Malaysia.


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam menzahirkan rasa amat dukacita dengan tindakan pihak tertentu yang secara terbuka menghina serta memperlekeh institusi raja bagi menghasut dan mempengaruhi rakyat supaya membenci Raja-raja Melayu.


Baginda bertitah apa yang paling mendukacitakan adalah apabila hasutan supaya membenci Raja-raja Melayu itu dilakukan oleh segelintir orang Melayu sendiri. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]